Bahagian Pengurusan:
1.
2.
Pengasuh:
1.Sumarni binti Jarkar
2.Wansa binti Lelanon
Guru:
1.Rosfaniza Zuriati bt Baharom
2.Nur Amalina Syamimi binti Mohd Yusoff
Ustazah:
1.Noorfarhana bt Jolen
2.Nurul Syafiqah bt Mat Arop
Logo Rasmi Tadika
Tuesday, February 17, 2015
Wednesday, February 11, 2015
Objektif Tadika
Objektif
- · Meningkatkan semua aspek perkembangan kanak-kanak untuk diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.
- · Melahirkan kanak-kanak yang boleh membaca, menulis, mengira dan menghafal.
- · Membina keyakinan dalam diri, kepercayaan dan kemesraan kanak-kanak terhadap persekitaran.
- · Memberi pendedahan pendidikan, pergaulan dan pembinaan asas-asas Islam dalam diri dan kehidupan kanak-kanak.
- · Memberi kemudahan kepada ibubapa untuk menangani masalah penjagaan anak-anak.
- · Menggabungkan pendekatan moden dan Islamik.
Visi dan Misi Tadika
Visi
- Pengurusan pendidikan prasekolah Islam terbaik dan Diredhai Allah s.w.t.
- Melahirkan dan mendidik bakal pemimpin (khalifah) generasi akan datang yang memiliki sahsiah yang tinggi, bijak, serba boleh, berkempimpinan, berani, kreatif, cendekiawan, serta menjadi anak soleh dan solehah berlandaskan al-Quran dan Sunah.
Misi
- Jujur dan ikhlas kerana Allah s.w.t dalam menguruskan hal ehwal pendidikan tadika.
- Memperkasa sistem pendidikan Islam yang bersepadu dan produktif.
- Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
- Pemantauan perkembangan setiap pelajar.
- Meningkatkan aktiviti yang kreatif dan moden.
Logo Rasmi dan Motto Tadika
Logo
Rasmi Tadika Visi Sinar
Warna rasmi
Tadika Visi Sinar adalah hijau, merah jambu, ungu, putih dan 7 warna pelangi.
Warna
Hijau
Melambangkan agama
Islam yang merupakan asas pendidikan dan pembentukan akhlak serta menjurus fikiran
yang sentiasa positif.
Warna
merah jambu
Melambang kelembutan, ketenangan, persahabatan dan kasih sayang serta keceriaan.
Warna
ungu
Melambangkan kemakmuran dan kejayaan.
Warna
putih
Melambangkan kesucian, kebersihan,
ketenteraman, ketenangan, keharmonian dan perlindungan.
7 warna
pelangi
Merangkumi
pelbagai aspek iaitu keberanian, semangat, kekuatan, keceriaan, kedamaian,
keagungan dan kesejahteraan.
Motto
“Kualiti
Sasaran Kami” bermaksud kualiti pendidikan anak-anak/pelajar adalah sasaran
utama kami. Matlamat kami adalah ingin melahirkan anak-anak/pelajar yang berakhlak,
berilmu dan berketerampilan serta mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi.
Selamat Datang
Assalamualaikum
w.b.t
Selamat
Datang ke laman web TADIKA VISI SINAR. Anda dijemput untuk melawati kesemua
laman yang memiliki ilustrasi reka bentuk khusus untuk memberikan informasi yang
berguna kepada anda supaya memilih tadika kami sebagai pilihan yang tepat untuk
anda dan anak.
Tadika Visi
Sinar amat komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada
anak-anak pintar anda seawal usia dua (2) tahun. Falsafah perkhidmatan kami
juga untuk mewujudkan manfaat bersama antara tiga pihak, iaitu anak-anak, anda
dan kami.
Untuk
pengetahuan anda, Tadika Visi Sinar merupakan sebuah Tadika (Pre School), Pusat
Jagaan (Day Care) dan Transit Islamik. Tadika ini terletak di Presint 11, Putrajaya.
Kami juga menyediakan perkhidmatan Play, Pre School/Day Care, dan Program Ibnu
Sina termasuklah Kelas Hafazan, Sains Islam, New Maths, Phonics English dan
Phonics Bahasa Melayu. Kelas diadakan mengikut peringkat umur kanak-kanak.
Kami bermula
dengan membuka kelas al-Quran pada tahun 2007. Pada tahun 2010, kami membuka
pula pusat asuhan kanak-kanak (Taska) dan Day Care. Dengan pengalaman dan
pengetahuan yang ada serta sokongan dari ibubapa yang anak-anak mereka kami
asuh maka pada tahun 2014, kami komited untuk menubuhkan Tadika Visi Sinar.
Subscribe to:
Posts (Atom)