Logo Rasmi Tadika

Logo Rasmi Tadika

Wednesday, February 11, 2015

Logo Rasmi dan Motto Tadika




Logo Rasmi Tadika Visi Sinar

Warna rasmi Tadika Visi Sinar adalah hijau, merah jambu, ungu, putih dan 7 warna pelangi.

Warna Hijau 
Melambangkan agama Islam yang merupakan asas pendidikan dan pembentukan akhlak serta menjurus fikiran yang sentiasa positif.

Warna merah jambu 
Melambang kelembutan, ketenangan, persahabatan dan kasih sayang serta keceriaan.

Warna ungu 
Melambangkan kemakmuran dan kejayaan.

Warna putih  
Melambangkan kesucian, kebersihan, ketenteraman, ketenangan, keharmonian dan perlindungan.

7 warna pelangi 
Merangkumi pelbagai aspek iaitu keberanian, semangat, kekuatan, keceriaan, kedamaian, keagungan dan kesejahteraan.


 Motto


“Kualiti Sasaran Kami” bermaksud kualiti pendidikan anak-anak/pelajar adalah sasaran utama kami. Matlamat kami adalah ingin melahirkan anak-anak/pelajar yang berakhlak, berilmu dan berketerampilan serta mempunyai kemahiran dalam berkomunikasi.

No comments:

Post a Comment