Logo Rasmi Tadika

Logo Rasmi Tadika

Wednesday, February 11, 2015

Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Datang ke laman web TADIKA VISI SINAR. Anda dijemput untuk melawati kesemua laman yang memiliki ilustrasi reka bentuk khusus untuk memberikan informasi yang berguna kepada anda supaya memilih tadika kami sebagai pilihan yang tepat untuk anda dan anak.

Tadika Visi Sinar amat komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anak-anak pintar anda seawal usia dua (2) tahun. Falsafah perkhidmatan kami juga untuk mewujudkan manfaat bersama antara tiga pihak, iaitu anak-anak, anda dan kami.

Untuk pengetahuan anda, Tadika Visi Sinar merupakan sebuah Tadika (Pre School), Pusat Jagaan (Day Care) dan Transit Islamik. Tadika ini terletak di Presint 11, Putrajaya. Kami juga menyediakan perkhidmatan Play, Pre School/Day Care, dan Program Ibnu Sina termasuklah Kelas Hafazan, Sains Islam, New Maths, Phonics English dan Phonics Bahasa Melayu. Kelas diadakan mengikut peringkat umur kanak-kanak.


Kami bermula dengan membuka kelas al-Quran pada tahun 2007. Pada tahun 2010, kami membuka pula pusat asuhan kanak-kanak (Taska) dan Day Care. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada serta sokongan dari ibubapa yang anak-anak mereka kami asuh maka pada tahun 2014, kami komited untuk menubuhkan Tadika Visi Sinar.

2 comments:

  1. Not a recommended kindy.. no money no talk hah

    ReplyDelete
  2. you gave us bad impression on female wearing niqab.. sorry mdm.. even not all r like that

    ReplyDelete